Wednesday, October 10, 2007

SYAWAL MENJELANG LAGI!! RAMADHAN MENINGGALKAN KITA..

Bulan Syawal merupakan bulan yang ke sepuluh mengikut takwim Islam dan ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan tersendiri antaranya ialah:
Eidul Fitri iaitu Raya Fitrah pada satu Syawal dan di sunatkan pada pagi hari tersebut:
ü Bertakbir, Bertahmid dan Bertasbih
ü Mengeluarkan zakat fitrah
ü Mandi dan membersihkan badan
ü Memakai pakaian yang hebat dan cantik
ü Mengharumkan dengan bauan yang wangi bagi lelaki dan tidak sunat bagi perempuan
ü Makan sedikit makanan yang ringan-ringan sebelum ke Masjid
ü Membawa keluarga bersama ke Surau/ke Masjid
ü Menunaikan solat Eidul fitri dua rakaat
ü Mendengar Khutbah Eidul fitri
ü Bersalam-salaman dan mengucapkan tahniah terhadap saudara kita
ü Memperbanyakkan bersedekah pada hari itu terutama kaum wanita ini kenyataan dari Nabi (Õ)
ü Menziarahi saudara-mara dan kaum keluarga
Setelah selesai kita melaksanakan Eidul fitri jangan lupa puasa enam syawal sedang menanti.

No comments: